Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUALA LUMPUR – Pemandu bas henti-henti milik RapidKL yang melanggar tujuh kenderaan di Ampang dekat sini, telah ditahan polis di Hospital Ampang bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata pemandu berkenaan yang mengalami kecederaan di bahagian kepala masih lagi menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Ujian saringan awal air kencing pemandu itu turut dilakukan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 8.00 malam itu, sebanyak tujuh kenderaan rosak teruk selepas dirempuh sebuah bas henti-henti dipandu seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan diri daripada satu kemalangan di hadapan Bangunan Risda di Jalan Ampang di sini.

Video berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan kejadian berkenaan tular dalam media sosial.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast