LOMBOK – Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud menggegarkan pulan Lombok pada Ahad, dua minggu selepas pulau itu dilanda gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 460 orang.
Gempa yang berpusat di barat daya kota Belanting di Lombok Timur berlaku di kedalaman yang cetek sedalam tujuh kilometer, kata Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat.
Menurut penduduk, kesan gegaran amat kuat dirasai di bahagian Timur Lombok.
Gegaran turut dirasai di Mataram dan pulau berhampirannya, Bali.
Pada 5 Ogos lalu, satu gempa bumi dengan kekuatan 6.9 magnitud telah meranapkan ribuan rumah, masjid dan perniaagan di seluruh pulau berkenaan.- MalaysiaGazette