Pemilik rumah itu mendakwa bahawa kondom pada jumlah yang banyak telah dibuang oleh individu tidak dikenali sehingga menyumbatkan parit.
Pemilik rumah itu mendakwa bahawa kondom pada jumlah yang banyak telah dibuang oleh individu tidak dikenali sehingga menyumbatkan parit.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik rumah menyuarakan rasa geramnya melalui Internet apabila longkang di kawasan perumahannya tersumbat oleh kondom-kondom terpakai sehingga mengeluarkan bau busuk.

Sambil memuat naik gambar yang menunjukkan longkang dipenuhi kondom terpakai yang menjijikkan,  pemilik rumah itu mendakwa bahawa kondom pada jumlah yang banyak telah dibuang oleh individu tidak dikenali sehingga menyumbatkan parit.

Menurutnya, air longkang yang kotor turut mengalir ke dalam rumah sesetengah pemilik rumah.

“Berbelas kasihanlah kepada kami, pemilik rumah di sini janganlah menyewakan rumah mereka kepada pelacur.

” Lihatlah sendiri, kondom-kondom ini telah menyumbatkan longkang sehingga beberapa rumah berada dalam kebusukan.”

China Press melaporkan, walaupun pemilik rumah tersebut tidak menyatakan lokasi kejadian, tetapi dia sendiri adalah berasal dari Klang, Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast