MU dimalukan Brighton
Tiga gol di babak pertama oleh Brighton mengewakan Manchester United dalam aksi kedua EPL malam Ahad.

LONDON – Manchester United dikritik hebat kerana gagal mempamerkan karakter sebenar ketika menentang Brtighton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Kaptennya, Paul Pogba kecewa dengan kekalahan mengejut yang dialami United.

The Red Devils tumpas 2-3 di Stadium Komuniti American Express dalam aksi penuh dramatik.

The Seagulls mengejutkan Jose Mourinho dengan tiga gol pada babak pertama.

Gol pertama hadir pada minit ke-25 menerusi Glenn Murray disusuli gol kedua oleh Shaner Duffy dua minit kemudian sebelum gol ketiga Brighton hadir pada minit akhir separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Pascal Gross.

Bagaimanapun gol Romelo Lukaku dan Paul Pogba pada lewat permainan gagal menyekat kemenangan Brighton.

Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Brighton ke atas Manchester United di halaman sendiri.

“United gagal menunjukkan karakter yang sebenar. Semua beraksi seolah tidak mahu menang perlawanann itu.

“Mereka (Brighton) lebib agresif berbanding dengan kita,” kata Pogba.

Pemain antarabangsa Perancis itu berkata, ia merupakan pengajaran kepada pemain United dan akan bangkit pada pertembungan dengan Tottenham Hotspur di Old Trafford pada Sabtu depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast