ISLAMABAD – Pakistan telah mengeluarkan larangan perjalanan ke luar negara terhadap bekas pemimpinnya, Nawaz Sharif yang telah dijatuhi hukuman penjara
Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet oleh Perdana Menteri baru, Imran Khan.
Sharif disabitkan dengan rasuah oleh mahkamah anti-rasuah pada bulan Julai dan dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.
Manakala anak perempuannya, Maryam Nawaz, pula dijatuhi hukuman tujuh tahun atas tuduhan yang sama.
Mereka telah membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan.
Imran yang memenangi pilihan raya pada bulan Julai selepas mengetuai kempen di mahkamah dan di jalanan untuk melawan Sharif, mendakwa, bekas pemimpin Pakistan itu dan keluarganya telah merampas khazanah negara dan membawa wang ke luar negara.
Bagaimanapun, Sharif menafikan tuduhan tersebut. – MalaysiaGazette