MOT
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (kiri) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Diffride, Hannah Yong (dua kiri) berbual dengan tetamu khas yang merupakan bekas pemandu Formula 1, Alex Yoong pada Majlis Pelancaran Aplikasi Diffride di Fahrenheit, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 OGOS 2018

KUALA LUMPUR- Perkhidmatan e-hailing tempatan terbaharu, diffride merancang untuk meluaskan lagi jajahannya ke bandar-bandar besar dan pusat tumpuan pelancong.

Bagaimanapun menurut ketua pegawai eksekutifnya, Hannah Yong, buat permulaan perkhidmataan tersebut hanya tersedia di sekitar Lembah Klang.

Berbeza dengan perkhidmatan e-hailing yang lain, diffride memberi lebih keadilan kepada pemandu selain menjanjikan keselesaan serta harga yang sangat kompetitif kepada pelanggan.

“Para pemandu driffride tidak perlu mengenai keuntungan kerana kami tidak mengenakan komisen seperti syarikat lain. Mereka hanya perlu membayar fi perkhidmatan sebanyak RM5 sehari sahaja dan boleh membawa pulang pendapatan yang lebih tinggi kerana kami tidak akan usik tambang yang dibayar oleh penumpang bagi tujuan kutipan komisen.

“Fi berkenaan akan memberikan mereka akses harian kepada perkhidmatan difffride yang bukan sahaja menghubungkan pemandu dengan penumpang malah turut meliputi perlindungan insurans kepada mereka dan penumpang,” katanya ketika majlis pelancaran driffride di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebelum ini  kerajaan mengenakan had komisen sehingga 20 peratus daripada setiap tambang bagi mengelakkan para pemandu tertindas.

Pemandu dan penumpang driffride boleh memuat turun aplikasi berkenaan menerusi Apple App Store dan Google Play.-MalaysiaGazette