JAKARTA – Gempa bumi di Lombok yang mengorbankan 500 nyawa dan mengalami kerosakan yang bernilai berbilion dolar masih belum berada pada peringkat darurat.
Kenyataan itu dibuat oleh agensi bencana Indonesia ekoran kritikan orang ramai.
Katanya, pengumuman darurat akan membuka pintu kepada bantuan asing bakal mencetuskan masalah-masalah baharu.
Indonesia mempunyai pengalaman berdepan dengan bencana alam dan tidak mengumumkan darurat sejak Disember 2004 ketika berlaku tsunasi di Aceh yang mengorbankan lebih 10,000 orang.
Ia berkat,a tsunami diisytiharkan sebagai bencana kebangsaan kerana semua peringkat kerajaan di wilayah Aceh musnah sama sekali dan memerlukan campur tangan pusat.
Lombok, pulau yang kurang membangun merupakan tempat tumpuan pelancong selain Bali telah mengalami gempa bumi sejak akhir Julai lalu.
Terbaharu, gempa bumi dengan 6.3 magnitud melanda Lombok pagi Ahad lalu dan 6.9 magnitud pada sebelah petang.
Bencana alam yang melanda Lombok telah mengorbankan 506 orang, memusnahkan 74,000 kediaman dan menyebabkan 431,000 orang tidak mempunyai tempat tinggal.
Kerosakan dan kerugian dianggarkan berjumlah 7.7 trilion rupiah. – MalaysiaGazette