Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong Tan Chee Teong berjanji akan mengetengahkan akta efektif untuk kerajaan negeri Selangor menguruskan sistem perparitan dan masalah sampah di negeri itu.
Katanya satu akta yang tegas penting dalam membolehkan isu denggi yang serius di negeri itu ditangani dengan berkesan selepas bertahun lama menjadi juara kes denggi tertinggi di Malaysia.