Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong bagi Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki berkata sasaran 80 peratus keluar mengundi di kawasan itu adalah satu cabaran bagi beliau.
Ujar wanita berusia 32 tahun itu, beliau terpaksa bekerja keras bagi memastikan peratus itu dicapai kerana parti sudah meletakkan syarat beliau perlu memenangi majoriti yang lebih tinggi daripada sebelum ini.