KUALA LUMPUR – Aishah kecewa apabila hadiah rantai berlian yang dikatakan berjumlah RM80,000 daripada Datuk Seri Vida apabila menjuarai Gegar Vaganza musim keempat (GV4) rupa-rupanya palsu.

Penyanyi yang terkenal dengan lalu Janji Manismu itu memaklumkan perkara tersebut disahkan sendiri oleh pemilik kedai emas selepas berniat untuk membuat pengubahsuaian terhadap rantai tersebut

“Mulanya saya pergi kedai barangan kemas untuk ubah suai rantai tersebut kerana ia terlalu besar untuk dipakai setiap hari, tapi mengejutkan apabila pemeriksaan mendapati ia bukan asli.

“Dua kali ‘tauke’ kedai itu check, ingatkan mesin berlian itu rosak tapi apabila letak cincin (berlian asli) berbunyi pula, saya terkilan dan tertanya adakah kerana ini hadiah tambahan bermakna penaja tak boleh memberi jaminan ia tulen,” katanya menerusi Instagram hari ini.

Aishah berkata, penaja tidak sepatutnya bertindak tidak jujur sekalipun hadiah bukan berbentuk barang kemas yang bernilai, sudah tentu akan diterimanya.

“Kalau penaja kata hadiah itu plastik atau kayu sekalipun saya terima, tapi jangan tipu,”tambahnya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Vida berpendirian bahawa rantai berlian tersebut tidak palsu, sebaliknya berlaku penyusutan nilai sahaja.

Beliau kemudian memohon Aishah memulangkan kembali rantai itu dengan jaminan akan ditukarkan dengan Lavida Coin, matawang digital jutawan kosmetik yang baharu dilancarkan.

“Aishah mungkin tidak faham hadiah rantai berlian itu mempunyai nilai susut. Tidak mengapa, pulangkan semula kepada saya,” katanya yang menyifatkan status Aishah telah menjatuhkan reputasi perniagaannya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast