Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian pelajar Turki pada Majlis Penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris di Kementerian Pendidikan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 27 OGOS 2018.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian pelajar Turki pada Majlis Penutup Program Mobiliti Pemerkasaan Bahasa Inggeris di Kementerian Pendidikan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 27 OGOS 2018.

PUTRAJAYA – Walaupun menerima kecaman, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik nekad menggunakan perkataan ‘Certot’ sebagai singkatan untuk peraduan penulisan cerita-cerita kontot.

Beliau berkata, peraduan itu diteruskan dan penggunaan perkataan tersebut akan dikekalkan. 

“Ya kita akan teruskan. Yes kekal,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut kepada pemberita. 

Beliau, beberapa hari lalu, menerusi Facebooknya menjemput semua rakyat Malaysia meluahkan rasa cinta terhadap negara melalui pertandingan penulisan cerita-cerita kontot (Certot).

Bagaimanapun penggunaan perkataan tersebut dikecam netizen apabila ia dikatakan membawa kontonasi tidak baik.  

Akibat penggunaan ayat tersebut, beberapa pengguna Facebook telah membuat laporan di Facebook berkaitan posting tersebut.

Mazlee kemudiannya memohon maaf menerusi Facebook hari ini dan dalam masa yang sama menambah perkataan tersebut diambil melalui karya sasterawan negara seperti Othman Puteh menerusi buku Teori Penulisan Kreatif.

Katanya, perkataan itu diambil bagi merujuk kepada cerita kontot yang jumlah perkataannya kurang daripada 500 patah perkataan. – MalaysiaGazette