Shah Alam – Syarikt Bumiputera, Bawal Valet Venture menyasarkan jualan tudung bawal jenama Bawal Valet meningkat berganda pada akhir tahun ini berikutan sambutan memberangsangkan daripada pelanggan tempatan dan luar negara.
Pengasasnya, Mohammad Hakimy Abdullah optimis unjuran itu didorong jualan Bawal Valet sama ada di butik dan secara atas talian naik berganda selepas Aidilfitri berbanding pada kebiasaannya yang mampu dijual sebanyak 300 helai setiap bulan.
“Kami menyediakan pelbagai jenis fabrik bawal berkualiti, dihiasi batu permata dan Swarovski serta ditawarkan dengan harga berpatutan bermula pada harga RM39 hingga RM359.
“Walaupun terdapat pelbagai jenis hijab dan cara pemakaian yang berubah, tudung bawal evergreen ini menjadi pilihan utama meskipun tudung ini pernah menjadi fenomena pada 1990-an, ia tetap relevan sehingga kini dalam dunia hijab tempatan,” katanya.
Jelas bekas pensyarah itu, antara koleksi Bawal Valet yang menjadi pilihan utama ialah yang menggunakan fabrik oile Japan, diikuti satin, chiffon dan cotton yang ada ratusan warna.
“Kebanyakan pelanggan Bawal Valet adalah penduduk tempatan, Brunei dan Singapura yang membeli secara atas talian dan berkunjung ke butik kami yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
“Saya melihat kepada potensi Bawal Valet yang mendapat permintaan tinggi membuatkan mereka komited menghasilkan lebih banyak rekaan bawal yang diperincikan dengan pelbagai jenis batu bagi pasaran tempatan dan global,” katanya.
Mohammad Hakimy menambah, butik Bawal Valet diwujudkan berperanan sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai rekaan tudung bawal.
“Penubuhan dan pembukaan Bawal Valet ini adalah salah satu cara untuk membolehkan pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja.
“Menghimpunkan pelbagai rekaan, Bawal Valet mahu kekal relevan dalam industri kerana tudung bawal sentiasa mendapat sambutan hangat daripada penggemarnya dan malar segar tanpa mengira zaman,” katanya.
Bagi peminat tudung bawal, mereka boleh berkunjung ke butik Bawal Valet di No. 9A, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubung talian 012-6100180 atau layari Facebook: Bawal Valet : Swarovski Elements – Retails & Wholesale dan Instagram: Bawal Valet. – MalaysiaGazette