Bangkai penyu-penyu yang ditemui di Pantai Barra de Colotepec, Mexico. foto AGensi

MEXICO CITY – Kira-kira 300 penyu laut dari spesis terancam ditemui mati di pantai selatan Mexico dipercayai terperangkap dalam jaring ikan.

Penemuan itu sejurus selepas lebih daripada 100 kura-kura ditemui mati.

Nelayan di negeri selatan Oaxaca mendapati kura-kura di Pantai Barra de Colotepec, kata Heliodoro Diaz, penyelaras agensi perlindungan awam negeri itu.

Jurugambar Reuters berjaya merakam video yang menunjukkan berpuluh-puluh penyu mati.

Penyu-penyu jenis ridley zaitun itu kebanyakan sepanjang kira-kira 75 sentimeter (29.5 inci) dengan berat anggaran 45 kilogram (99 paun).

Penyu-penyu itu akan ke pantai dari Mei hingga September di sekitar Mexico di sepanjang Lautan Pasifik untuk bertelur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast