Jim Mattis

PENTAGON – Tentera Amerika Syarikat belum bercadang untuk mengantung sebarang latihan ketenteraan utama dengan Korea Selatan.

Setiausaha Pertahanannya, James Mattis berkata, setakat ini belum ada keputusan mengenai latihan besar-besaran untuk tahun depan.

“Kami mengambil langkah untuk menangguhkan beberapa latihan berikutan sidang kemuncak Singapura,” kata Mattis kepada pemberita, merujuk kepada pertemuan antara Donald Trump dan Kim Jong-un pada 12 Jun lalu.

Mattis berkata, tentera Amerika Syarikat tidak mempunyai rancangan pada masa ini untuk menangguhkan sebarang latihan.

Bahkan, katanya, latihan kecil yang dikecualikan daripada penggantungan sebelum ini masih berlangsung.

Mattis membuat kenyataan itu susulan pembatalan kunjungan Setiausaha Negara, Mike Pompeo ke Korea Utara atas arahan Trump.

Dalam sidang kemuncak Jun lalu, Korea Utara telah bersetuju untuk menghapuskan program nuklear dan peluru berpandu di Semenanjung Korea.

Namun selepas pertemuan bersejarah itu, tiada tanda-tanda yang menunjukkan Pyongyang bersedia untuk menghapuskan program senjatanya seperti yang dikehendaki Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast