KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup keseluruhannya lebih rendah hari ini ketika sentimen pasaran yang lemah membendung selera risiko pelabur, dengan jualan kebanyakannya dilihat dalam saham permodalan kecil dan saham berwajaran tinggi.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.98 mata lebih rendah kepada 1,819.66 berbanding 1,820.64 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama bergerak antara 1,817.83 dan 1,823.24 sepanjang hari di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran Asia.

Kejatuhan di Bursa Malaysia adalah kecil berbanding rakan serantaunya, berikutan keuntungan dalam saham berkaitan Hong Leong, tetapi kerugian dalam saham berwajaran tinggi Telekom Malaysia, Petronas Chemicals dan MISC menyeret indeks komposit ke bawah.

“Pemburuan saham murah muncul di kalangan saham mewah semasa sesi petang, tetapi ia hanya berlangsung selama beberapa minit sebelum indeks utama kembali ke wilayah negatif.

“Sentimen di pasaran diselubungi sentimen berhati-hati pelabur kerana pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dengan tarif yang dijadualkan pada minggu depan menjejaskan prospek perdagangan global walaupun adanya perjanjian AS-Mexico,” kata seorang peniaga sambil menambah musim keputusan pendapatan korporat yang berakhir hari ini juga memberi tekanan ke atas sentimen.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura jatuh 0.56 peratus kepada 3,225.72, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.89 peratus kepada 28,164.05, Bursa Saham Shanghai turun 1.14 peratus kepada 2,737.74, manakala Nikkei 225 Jepun naik 0.09 peratus kepada 22,869.5.

Di pasaran tempatan, suasana pasaran keseluruhannya lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 685 berbanding 299 rugi, dengan 350 kaunter tidak berubah, 585 tidak diniaga dan 68 lagi digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.63 bilion unit bernilai RM2.96 bilion berbanding 2.69 bilion unit bernilai RM2.63 bilion pada Rabu.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Tenaga rugi dua sen kepada RM15.68, Petronas Chemicals turun 11 sen kepada RM9.46, manakala CIMB tidak berubah pada RM6.09.

Saham bank keempat terbesar di Asia Tenggara berdasarkan aset, Maybank jatuh empat sen kepada RM9.96 dengan 10.07 juta saham bertukar tangan meskipun melaporkan keputusan suku kedua yang kukuh yang berakhir pada 30 Jun 2018, yang menyaksikan keuntungan bersihnya melonjak 18.12 peratus kepada RM1.96 bilion pada suku berkenaan.

Public Bank, bagaimanapun, naik lapan sen kepada RM25.12.

Antara saham aktif, Hibiscus merosot 14 sen kepada 96 sen, Sapura Energy susut satu sen kepada 34 sen, Borneo Oil rugi setengah sen kepada 5.5 sen manakala My E.G menambah satu sen kepada RM1.49.

Indeks Emas FBM turun 34.30 mata kepada 12,719.42, Indeks FBMT 100 jatuh 23.07 mata kepada 12,526.43, Indeks Syariah Emas FBM susut 61.43 mata kepada 12.807.07, FBM 70 turun 89.48 mata kepada 15,126.05 dan Indeks FBM Ace berkurang 61.75 mata kepada 5,283.71.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan meningkat 19.22 mata kepada 17,964.97, Indeks Perladangan naik 4.78 mata kepada 7,577.58 manakala Indeks Perindustrian merosot 13.50 mata kepada 3,221.96.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 1.79 bilion saham bernilai RM2.76 bilion berbanding 1.74 bilion saham bernilai RM2.46 bilion yang dicatat pada Rabu.

Perolehan waran menokok kepada 483.96 juta unit bernilai RM117.22 juta berbanding 386.29 juta unit bernilai RM85.82 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 353.44 juta saham bernilai RM76.55 juta berbanding 558.44 juta saham semalam bernilai RM78.49 juta.

Produk pengguna menyumbang 90.9 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian (452.75 juta), pembinaan (80.8 juta), perdagangan dan perkhidmatan (792.52 juta), teknologi (106.38 juta), infrastruktur (13.86 juta), SPAC (11,000) , kewangan (95.05 juta), hotel (152,300), hartanah (121.28 juta), perladangan (32.98 juta), perlombongan (47,600), REIT (6.76 juta) dan tertutup/dana (12,100). – MalaysiaGazette