NEW YORK – Penampilan semula jaguh tenis dunia Andy Murray di Tenis Terbuka Amerika Syarikat berakhir dengan kekalahan mengejut.
Bekas juara Terbuka British itu kecundang di tangan pemain Sepanyol, Fernando Verdasco pada pusingan kedua hari ini.
Penampilan semula Murray selepas 14 bulan itu dikecewakan pemain nombor 31 rangking dunia dengan keputusan 7-5 2-6 6-4 6-4.
Murray 31, berusaha keras untuk menang pusingan itu tetapi tidak dapat mengenepikan lawannya berusia 34 tahun itu.
Ia merupakan kejohanan kelima yang disertai Murray selepas menjalani pembedahan pinggang pada Januari lepas tetapi tersingkir pada pusingan awal.
“Saya gagal menampilkan aksi terbaik dan setahu saya inilah perlawanan yang saya hadapi dengan begitu selesa tetapi berakhir dengan kekalahan,” katanya.
Murray yang kini menduduki rangking ke-382 dunia mengakui melakukan banyak kesilapan set pertama yang mengundang kekelahannya. – MalaysiaGazette