Shinzo Abe. foto Reuters

TOKYO – Perdana Menteri, Jepun Shinzo Abe menyifatkan hubungan negara itu dengan China telah kembali kepada “trek biasa”.

Abe, yang dijangka melawat China pada akhir Oktober, akan menjemput Presiden Xi Jinping ke Jepun pada masa akan datang.

Kenyataan Abe itu dibuat di tengah-tengah tekanan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Dan, Tokyo yang menimbulkan kebimbangan mengenai kesan perlindungan dan impaknya terhadap ekonomi global.

Presiden Donald Trump telah berulang kali mengancam untuk mengenakan tarif sebagai sebahagian mesej ekonominya yang menggambarkan defisit perdagangan sektor Amerika Syarikat dengan Jerman dan Jepun.

Abe berkata, beliau berkongsi dengan Trump matlamat yang lebih besar untuk memperluaskan perdagangan dan pelaburan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Tetapi Abe menegaskan bahawa beliau tidak akan memberi keutamaan persahabatan demi kepentingan negara dalam sebarang perbincangan mengenai perdagangan. – MalaysiaGazette