Nekad mencabar diri sendiri dan inisiatif mencari pendapatan tambahan mendorong golongan yang bermasalah pendengaran dan pekak untuk memberanikan diri mereka menjadi pemandu Grab.
Nekad mencabar diri sendiri dan inisiatif mencari pendapatan tambahan mendorong golongan yang bermasalah pendengaran dan pekak untuk memberanikan diri mereka menjadi pemandu Grab.

PULAU PINANG – Seorang pemandu Grab terpinga-pinga apabila menerima pesanan yang disertakan dengan ‘ugutan’ daripada seorang pelanggan yang mahu ponteng sekolah.

Selepas melakukan tempahan perkhidmatan Grab, pelanggan yang merupakan seorang pelajar itu meninggalkan mesej kepada pemandu memintanya menyamar sebagai saudara-mara bagi menipu cikgu dengan tujuan untuk meninggalkan sekolah lebih awal.

Menurut pelajar itu, tempahan Grab akan dibatalkan jika pemandu itu enggan menyamar dan membantunya untuk ponteng kelas.

China Press melaporkan, kejadian itu berlaku membabitkan pelajar dari sebuah sekolah terkemuka di Pulau Pinang.

Tindakan pelajar itu turut mencetuskan perbincangan dalam alam maya dengan tidak kurang orang yang bersimpati dengan pemandu Grab tersebut.

“Pemandu perlu menyamar sebagai pengasuh malahan ibu bapa untuk memperoleh pendapatan sekadar RM5, tak cukup pun untuk satu juadah nasi berlauk, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast