SPRM
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepas tamat tahanan reman berhubung kes salah guna dana PRU14 di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 03 SEPTEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Risikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini dibebaskan daripada tahanan reman selepas mennjalani sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari bermula 29 Ogos lalu.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan Hasanah dibebaskan tanpa memerlukan jaminan SPRM.

Peguam beliau, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, anak guamnya itu dibebaskan dengan jaminan mulut mengikut Sesyen 492(B) Akta SPRM yang membenarkan suspek bebas tanpa jaminan dan deposit tunai.

“Beliau telah memberi jaminan untuk hadir ke mahkamah semula untuk memberi keterangan, jika diminta.

“Walaubagaimanapun, passport beliau ditahan oleh mahkamah. Beliau boleh menulis surat kepada pegawai penyiasat (IO) jika memerlukan dokumen tersebut,” katanya ketika ditemui di luar Bilik Bicara, Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Hasanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh tahanan reman SPRM.

“Beliau sihat dan baik, tadi pun beliau ada merakamkan penghargaan dan pujian kepada pihak SPRM yang profesional mengendalikan siasatan,” katanya.

MGF03092018_HASANAH TAMAT REMAN06
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepas tamat tahanan reman berhubung kes salah guna dana PRU14 di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 03 SEPTEMBER 2018.

Khairul berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan Hasanah sama ada akan dipanggil semula untuk siasatan lanjut.

“Beliau mungkin dipanggil, mungkin tidak dipanggil, saya tak tahu,” jelasnya.

Mahkamah Majistret Putrajaya semalam melanjutkan reman teehadap Hasanah selama sehari untuk membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan seleweng peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas merampas AS$6.3 juta berhubung siasatan terhadap Hasanah.

Timbalan Pesuruhjaya Datuk Seri Azam Baki berkata wang sebanyak AS$4.7 juta serta barangan lain, yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak AS$6.3 juta, dirampas di sebuah pangsapuri di Cyberjaya, disyaki berkaitan kes salahguna kuasa Hasanah.

Terdahulu, seorang timbalan ketua pengarah jabatan bergelar “Datuk” bersama enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) direman sejak 28 Ogos lalu untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14.

Mereka disyaki sebagai individu penting selepas Hasanah dalan organisasi yang sama dan mempunyai kaftan dengan kes penyelewengan berkenaan. – MalaysiaGazette