KUALA LUMPUR – Seramai 2,770 pengundi awal melibatkan 2,597 anggota tentera dan pasangan, serta 173 anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Seri Setia.

Pusat mengundi diadakan di Kompleks SMS PDRM Shah Alam dan Pusat Mengundi Dewan Serbaguna Ababil Pangkalan Udara TUDM.

Pusat pengundian awal itu akan dibuka mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar bertembung dengan calon PAS, Dr Halimah Ali.

Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast