TERKINI : NGO IKHLAS Tuntut Janji Mansuh SOSMA

Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan berjumpa dengan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam masa terdekat untuk mendesak memansuhkan akta zalim seperti mana terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Presidennya, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, sehingga kini janji Peguam Negara itu untuk sekurang-kurangnya meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) masih belum tertunai.