Calon PAS N.32 Dun Seri Setia, Dr. Halimah Ali pada sesi walkabout santuni masyarakat setempat semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 05 SEPTEMBER 2018.

PETALING JAYA – Selepas debat ‘Agenda Awani’ pada Ogos lalu muncul satu lagi debat tular di media sosial kononnya melibat kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Debat melibatkan calon Pas, Dr. Halimah Ali dan calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar itu dijangka diadakan 9 malam ini.

Berbeza dengan Halimey, Halimah menyatakan kesediaannya dan mengesahkan kehadirannya pada debat terbuka yang dijangka akan diadakan pada Padang Blok 4,5 6 Desa Mentari itu.

“Saya baru dapat surat jemputan (debat) tadi daripada penganjur. Kalau betul ada debat malam ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai debat anjuran Gabungan Muafakan Penduduk Seri Setia PJ yang tular di media sosial.

Untuk rekod, sebelum ini, Astro Awani mengadakan Agenda Awani debat di antara Halimah dengan Halimey namun calon PH itu tidak hadir dan kemudian berkata tidak menerima jemputan rasmi.

Halimah kemudiannya menganggap Halimey sebagai ‘penakut’ jika enggan hadir pada malam ini.

“Agaknya (dia takut), sebab saya sudah buat apa yang perlu dibuat,” menurutnya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast