Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah berkata, walaupun MRSM menawarkan pendidikan berkualiti, tetapi ramai pelajar bukan bumiputera tidak sedar bahawa kuota sebanyak 10 peratus telah diperuntukkan kepada kaum bukan bumiputera sejak 2002.
Sivarasa Rasiah

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Bandar antara yang menerima peruntukan besar iaitu sebanyak RM3.86 bilion pada tahun ini bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan luar bandar.

Peruntukan ini kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri dalam Bajet 2018 bagi tujuan pembangunan khasnya melibatkan infrastruktur luar bandar.

Menurut Timbalan Menteri Luar Bandar, R. Sivarasa, antara projek pembangunan yang melibatkan peruntukan tersebut termasuk Jalan Luar Bandar (JLB) yang menelan kos sebanyak RM781.75 juta dengan perbelanjaan setakat ini RM315.42 juta.

“Kita juga ada projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang melibatkan kos RM420.24 juta, setakat ini kita sudah belanja sehingga RM22.5.95 juta dan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dengan anggaran RM672.12 juta.

“Untuk projek BELB, setakat ini perbelanjaan sudah mencecah sehingga RM377.34 juta.

“Kementerian ini juga membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan kemudahan bekalan elektrik alternatif seperti mini hidro dan solar bagi menggantikan genset untuk kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi di kawasan pedalaman.

“Kawasan seperti ini kita tidak boleh dibekalkan melalui punca bekalan talian grid bagi membolehkan setiap penduduk mendapat bekalan elektrik selama 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Negara, Datuk Rabiyah Ali tentang bantuan yang sedang disalurkan oleh kerajaan bagi memastikan infrastruktur jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik luar bandar dapat mengurangkan jurang penududuk luar bandar dan bandar menjelangnya 2020.

Tambah Sivarasa, Kementerian Luar Bandar juga menyediakan perkhidmatan Mini RTC yang turut dilengkapi dengan kemudahan ICT yang membolehkan penduduk luar bandar mengakes perkhidmatan utama kerajaan serta kemudahan internet melibatkan sejumlah 205 Mini RTC seluruh negara.

“Kita juga menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi meluaskan capaian internet secara menyeluruh di kawasan luar bandar secara berperingkat.

“Kita komited untuk meneruskan program pembangunan dan infrasturktur luar bandar kerana ianya dapat merapatkan jurang pembangunan luar dan bandar agar tidak ada sesiapa yang tertinggal dalam arus pembangunan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sivarasa turut memberitahu pihak kementerian beliau dalam peringkat kajian program-program baharu yang boleh meningkatkan taraf kehidupan penduduk luar bandar selaras dengan harapan kerajaan PH. – MalaysiaGazette