Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ketika keluar selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. foto MALAYSIA GAZETTE, 05 SEPTEMBER 2018

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai lebih dua jam memberikan keterangan. 

Kenderaan jenis Alphard berwarna perak yang membawa beliau meninggalkan ibu pejabat SPRM  itu pada 2:10 petang. 

Terdahulu beliau tiba di SPRM pada 11:45 pagi dipercayai  untuk  memberi keterangan berkaitan dakwaan rasuah selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. 

Semalam Musa tiba di Kota Kinabalu untuk mengangkat sumpah sebagai Adun Sungai Sibuga selepas lebih kurang 4 bulan mendapatkan rawatan di United Kingdom dan sebuah hospital swasta di Subang Jaya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast