KUALA LUMPUR – Hujah yang digunakan oleh bekas timbalan rektor hal ehwal pelajar (HEP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Datuk Dr Mizan Hitam untuk mempertahankan pelantikan Dr Maszlee Malik adalah jawapan bodoh dan dangkal.
“Jawapan konon Anwar Ibrahim dulupun jadi Presiden IIUM maka tidak salah melantik YBM @maszlee sebagai Presiden adalah jawapan bodoh dan sangat dangkal,” kata Faekah Husin.
Beliau adalah bekas pegawai khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Anwar menjawat jawatan Menteri Pendidikan 1986 hingga 1991 dan memegang jawatan presiden UIA selama sepuluh tahun iaitu dua tahun selepas itu sehingga hingga 1998.
Najib juga pernah memegang mengetuai kementerian itu dari 1995 hingga 1999 dan dilantik sebagai Presiden UIAM selama setahun sahaja (1998-1999).
Tambah Faekah, Anwar dan Najib memegang jawatan Presiden UIAM ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) bukannya Pakatan Harapan (PH).
Beliau yang berpendirian universiti perlu dibebaskan daripada campur tangan politik, justeru tidak wajar untuk menyamakan isu itu.
“Dulu zaman BN bukan zaman Malaysia Baru. Patutlah @chedetofficial mengaku ramai menteri beliau tak tahu tugas mereka sebagai menteri. Sahih!!,” ujarnya.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Maszlee akan dipertimbangkan kembali dengan melihat kepada respons masyarakat.-MalaysiaGazette