PRK Balakong
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan akhir sempena hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 DUN Seri Setia pada esok semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 07 SEPTEMBER 2018

BALAKONG – Keadaan cuaca pada pagi ini dilapor berada dalam keadaan baik di sekitar kawasan Hulu Langat.

Bagaimanapun, akan berlaku hujan pada sebelah petang di satu dua tempat namun, tiada berlaku angin kencang, kata Unit Pengurusan Bencana Selangor (SSCC) dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan tersebut membolehkan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong merancang untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pemilih.

Menurut kenyataan itu lagi, SSCC akan memantau keadaan dan situasi semasa cuaca dan membuat tindakan susulan sekiranya berlaku sebarang kejadian.

SSCC juga akan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa, kata kenyataan itu lagi.

Proses pengundian bagi PRK DUN Balakong telah bermula tepat pukul 8 pagi tadi dan sebanyak 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibuka di beberapa tempat.

Kesemua PDM akan ditutup pada pukul 5.30 petang nanti bagi memberi laluan untuk proses pengiraan dan pengumuman keputusan dijangkan selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast