Datuk Mansor Othman.

GEORGE TOWN – Anggota Parlimen Nibong Tebal Datuk Mansor Othman menafikan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp bahawa beliau akan mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil (PRK).

“Mesej itu tidak betul. Saya nafikan akan melepaskan kerusi Nibong Tebal. Saya tidak akan melepaskan kerusi Nibong Tebal,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu menyatakan mesyuarat khas PKR pada tengah hari ini bersetuju peletakan jawatan Mansor sebagai Anggota Parlimen Nibong Tebal dan memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi tersebut.

Mesej itu turut menyatakan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu akan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, sumber memberitahu tiada mesyuarat khas PKR diadakan tengah hari ini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast