Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai alat sunat DIY yang dijual melalui Internet kerana
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai alat sunat DIY yang dijual melalui Internet kerana "pembedahan secara kendiri" boleh mengundang masalah sampingan termasuk pendarahan yang tidak berhenti. - foto hiasan

JOHOR BAHRU – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai alat sunat DIY yang dijual melalui Internet kerana “pembedahan secara kendiri” boleh mengundang masalah sampingan termasuk pendarahan yang tidak berhenti.

Dr. Siew Kuang Ling yang menciptakan alat pembedahan sunat berkata, walaupun alat sunat moden semakin ditambah baik, tetapi prosedur sunat masih perlu dilakukan doktor.

Katanya, sunat pada ini biasanya menggunakan alat pembedahan sunat disusuli “cincin” yang akan tanggal dengan sendiri selepas seminggu hingga dua minggu atau melalui pembedahan biasa disusuli jahitan.

Jelasnya, penggunaan “cincin” dan juga jahitan selepas pembedahan adalah bertujuan menghentikan pendarahan.

Beliau berkata, laporan kononnya bahawa seorang “pencipta” dari China telah menghasilkan alat sunat DIY adalah sukar dipercayai.

“Hanya doktor yang memahami prosedur pembedahan dan penggunaan alat yang sesuai untuk menyunat.

” Saya sendiri telah menghabiskan bertahun-tahun lamanya untuk menyelidik dan membangunkan alat sunat yang lebih ringkas,” katanya kepada China Press.

Kuang Ling telah menciptakan alat sunat yang menjadikan proses sunat dapat diselesaikan dalam tiga minit, dan tuan punya badan juga boleh berjalan selepas pembedahan.

Alat yang mendapat pengiktirafan antarabangsa itu dapat mengelakkan pendarahan dan memastikan keselamatan. Alat yang diciptakan Kuang Ling bagaimanapun bukan alat sunat DIY. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast