Bekas pemimpin kumpulan Shining Path Abimael Guzman attends trial at a high security naval prison in Lima February 28, 2017. REUTERS/Guadalupe Pardo

LIMA – Mahkamah Peru pada Selasa menjatuhkan hukuman seumur hidup yang kedua kepada pengasas kumpulan pemberontak Shining Path, Abimael Guzman.

Guzman didapati bersalah merancang serangan bom kereta di Lima pada 1992 mengakibatkan 25 terbunuh manakala 155 orang awam tercedera.

Serangan bom di kawasan perumahan Tarata mencetuskan panik di bandaraya itu selain mengakibatkan ribuan orang terbunuh di kawasan terpencil Andes dan Amazon.

Guzman, 83, sudah pun menjalani hukuman penjara seumur hidup untuk kesalahan keganasan sejak 1992.

Perbicaraan untuk membuktikan sama ada dia merupakan dalang di sebalik serangan di Tarata telah ditangguh sejak empat tahun lalu berikutan faktor kesihatan Guzman yang menghalang dia menghadiri pertuduhan yang dihadapinya.

Dia menafikan penglibatannya dalam serangan bom di Tarata.

Sebelum dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, peguam Guzman Alfredo Crespo berkata, puak pemberontak tahap rendah dipercayai melakukan serangan itu tanpa pengetahuan Guzman.

Menurut Suruhanjaya Keadilan Peru, pada 16 Julai 1992, puak pemberontak itu meninggalkan kereta yang dipenuhi bahan letupan di Tarata selepas gagal meletakkan kenderaan itu di hadapan sebuah bank.

“Saya masih ingat lagi, orang awam lari bertempiaran dengan berlumuran darah sambil menjerit dan ia sangat menakutkan,” kata Vanesa Quiroga yang telah kehilangan kakinya dalam serangan itu semasa berusia 12 tahun sebagai dipetik dalam laporan suruhanjaya itu.

“Ibu saya lari sekeliling kawasan untuk mendapatkan kaki saya yang terputus itu, tetapi gagal,” keluh gadis itu.

Guzman menunduk ke lantai dalam perbicaraan selama enam jam.

Akibat dipengaruhi oleh falsafah pengasas komunis China Mao Zedong, Guzman yang merupakan bekas pensyarah falsafah mula menerapkan fahaman komunis dan cuba mencetuskan pemberontakan di negara itu untuk membentuk fahaman komunis.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast