KUALA LUMPUR – Beberapa jam selepas pengumuman PKR yang bakal meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson, nama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menjadi bualan di media sosial sebagai lawan paling sesuai.
Menurut tinjauan di Twitter mendapati #TokMat4PD kini trending dan mendapat perhatian ramai netizen.
Antaranya, @msufihanif yang berkata sidah tiba masanya Mohamad Hasan atau Tok Mat dipilih menkjadi Ahli Parlimen.
“Kerusi parlimen P132 Port Dickson dijangka akan dikosongkan oleh seorang Ahli Parlimen PKR semata-mata untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding di sana.
“Sila RT kalau anda setuju YB @tokmatn9 adalah calon paling tepat untuk lawan Anwar Ibrahim di PD,” komen belia di Twitter.
@nikrafiq pula memberikan komen bahawa gandingan Tok Mat dan Anwar di Port Dickson amat sesuai bagi merebut kerusi berkenaan. Baru lah bertemu buku dengan ruas. #tokmat4PD,” katanya.
#TokMat4pd menarik untuk disaksikan bersama,” kata @hnazrihashim di Twitter miliknya.
Sebelum itu, Mohamad Hasan ketika ditemui media di Seremban mahu menumpukan kepada kepada kes petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terlebih dulu sebelum mengambil apa-apa keputusan.
“Saya akan tumpukan perhatian saya untuk DUN Rantau jika mahkamah putuskan perlu ada PRK di kawasan itu,” katanya.
Hari ini, dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan beliau telah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.
Ini merupakan usaha bagi membolehkan Anwar kembali ke Dewan Rakyat dan seterusnya berpeluang dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
Sekiranya Anwar memenangi PKR Port Dickson, ia mencatat sejarah apabila menjadi bakal Perdana Menteri pertama yang diberikan laluan menerusi PKR untuk menjawat jawatan tertinggi negara itu. -MalaysiaGazette