Pep Guardiola.

LONDON – Pep Guardiola menyimpan keinginan untuk menguruskan pasukan antarabangsa satu hari nanti namun bukan negaranya, lapor Sky Sports.

Pengurus Manchester City itu tidak yakin akan dapat menguruskan pasukan Sepanyol satu hari nanti.

“Saya rasa ia tidak akan berlaku,” katanya yang enggan mengulas panjang mengenai perkara tersebut.

Pengendali berusia 47 tahun itu bagaimanapun menjelaskan setiap manusia memiliki impian tersendiri namun ia tidak semestinya berlaku.

“Saya ingin berada di Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah. Saya mahu hidup seperti itu. Apabila saya melihat Piala Dunia, saya fikir mahu berada di sana.

“Saya hanya berpeluang berbuat begitu ketika menjadi pemain. Dalam tempoh lapan hingga 14 tahun mungkin ia berlaku,” katanya lagi.

Pep memiliki 47 kap ketika bermain dan menjadi kapten Sepanyol sebelum ini yang turut menyaksikan skuadnya berjaya merangkul pingat emas Sukan Olimpik di Barcelona 1992.

Selepas itu, dia menjadi salah seorang pengurus yang terkenal dengan merakam 27 trofi sepanjang menjadi jurulatih di Barcelona, Bayern Munich dan City.

Dia akan berada di City sehingga 2021 dan bersetuju untuk menyambung kontrak lagi, namun untuk tempoh jangka panjang dia bercadang mahu menguruskan sebuah pasukan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast