Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md.
Yunos hari ini mengaku tidak bersalah atas kesalahan keluar negara mengikut pintu tidak sah. Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Saidina Ali di Mahkamah Majistret Ampang Jaya hari ini.
Jamal yang diwakili peguamnya, Datuk Imran Tamrin dan Datuk Sulaiman Ismail meminta kes itu dibicarakan.
Imran kemudiannya meminta mahkamah untuk mengurangkan wang jaminan anak guamnya memandangkan Jamal sudah mendepositkan wang jaminan sehingga RM20,000 di mahkmah sebelum ini dalam kes lain.