Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif berhubung hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Veteran politik, Tan Sri Rais Yatim mencadangkan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung tenaga semula selama dua tahun sebelum perubahan dalam kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dilaksanakan.

Rais mengetengahkan cadangan supaya Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri manakala Anwar pula mengambil tempat Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Cuba dua tahun. Kalau serasi, habiskan sepenggal,” katanya di laman Twitter hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata, selepas dua tahun, Anwar boleh menakhodai kapal baharu dan menyambung ramuan yang telah pun dimulakan pada tahun 1997.

Katanya, cadangan tersebut mungkin tidak dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi ia adalah yang terbaik untuk menyatukan semua pihak.

“Lepas itu DSAI nakhodai kapal baru. Sambung ramuan 1997, rakan-rakan PKR mungkin tak setuju.Tapi ini terbaik untuk serai serumpun sirih setepak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast