KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 peniaga akan terlibat dalam satu Ekspo Rantau Fest yang akan diadakan di perkarangan Stadium Majlis Daerah Jelebu di Negeri Sembilan bermula lusa sehingga 30 September ini.

Ekspo yang pertama kali dianjurkan oleh Nazrie Resources itu melibatkan lebih kurang 30 buah khemah untuk para peniaga yang rata-ratanya peniaga kecil-kecilan sehinggalah produk dari gudang.

WhatsApp Image 2018-09-19 at 5.29.17 PM

Menurut pengerusinya, Yumi Syazwi Johari, ekspo itu akan mempamerkan pelbagai jualan yang bersesuaian bagi semua peringkat usia disamping penglibatan beberapa para artis jemputan.

“Tarikan kami merangkumi semua peringkat umur. Terdapat lelongan barangan yang murah seperti baju t-shirt berharga RM8, baju blouse dua helai berharga RM35, kosmetik serendah RM5, jualan orkid dan flora serta penjualan anak pokok yang mampu menarik minat penggemar tanaman bunga dan tumbuhan lain.

WhatsApp Image 2018-09-19 at 5.29.17 PM (3)“Untuk kanak-kanak, kami menyediakan hiburan seperti supaa doopaa,” katanya ketika ditemui dalam persiapan terakhir sebelum bermula ekspo berkenaan hari ini.

Beliau yang masih baru menceburi bidang penganjuran ekspo itu berharap dengan ekspo ini akan membuka banyak peluang dan ruang kepada para peniaga kecil lain untuk lebih maju dan berjaya.

WhatsApp Image 2018-09-19 at 5.29.17 PM (2)

Dalam pada itu, Yumi turut menyasarkan sekitar 40,000 pengunjung dari daerah-daerah berhampiran akan hadir ke ekspo Rantau Fest.

“Harapan saya agar ekspo Rantau Fest mendapat sambutan dari orang ramai yang berkunjung dan mendapat pelbagai manfaat dengan membeli secara bijak. Saya juga ingin memberi peluang untuk membantu para peniaga sekaligus permulaan bagi saya untuk mencipta nama setanding dengan ekspo-ekspo besar yang lain,” katanya.

WhatsApp Image 2018-09-19 at 5.29.18 PM

Disamping itu, beberapa artis jemputan yang akan membuat persembahan bagi menjayakan ekspo yang sama dan dia antaranya ialah Tuah, Shida DATA dan Ejay Samudera.

WhatsApp Image 2018-09-19 at 5.29.17 PM (1)

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan ekspo yang akan berlangsung selama 10 hari ini yang diadakan secara percuma.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast