Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik UMNO di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sepakat membuat keputusan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan mengesahkan tidak akan meletakkan calon.

Perkara itu diumum oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi setelah berbincang dengan dua rakan komponennya iaitu MCA dan MIC.

Jelasnya, ini kerana pengosongan kerusi Parlimen itu pada mulanya telah melanggar prinsip demokrasi.

“UMNO memikirkan hal itu tentunya kami melihat bahwa mustahil sesuatu kerusi yang dikosongkan hanya bagi memenuhi cita-cita politik seseorang maka kita akan menyertai serta meletakkan calon.

“Menyedari hakikat demiian maka kita mengambil keputusan setelah Biro Politik UMNO bermesyuarat. Kami mengambil keputusan bahawa BN akan memboikot PRK Port Dicksok pastinya kita tidak akan meletakkan sebarang calon yang mewakili mana-mana parti komponen BN atau nama BN di dalam hal ini kita,” katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’ Menara Onn.

Menurut Zahid, kos mengendalikan PRK Parlimen yang berjumlah RM3.6 juta sewajarnya digunakan untuk kepentingan rakyat.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Port Dickson kosong apabila penyandang, Datuk Danyal Balagopal Abdullah memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di situ.

Parti itu tambah Zahid belum membuat keputusan berkenaan bantuan kempen yang akan dihulurkan jika Pas meletakkan calon dalam PRK yang akan berlangsung 13 Oktober itu.

“Kita tidak ada sebarang perundingan secara muktamad tapi ia berdasarkan keadaan… Mungkin Pas akan memegang prinsip yang sama iaitu tidak meletakkan calon tapi saya faham selepas Mukatamar Pas Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) akan letak calon jika UMNO tidak bertandingdi kerusi itu,” jelasnya.

Untuk rekod, BN pernah bertindak memboikot PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei 2009  setelah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast