Aaron Ramsey. Foto Daily Star.

LONDON – Arsenal gagal mencapai kata putus dalam perbincangan dengan pemain tengahnya, Aaron Ramsey apabila menemui jalan buntu.

ESPN melaporkan, perkembangan terbaharu itu bakal menyebabkan pemain antarabangsa Wales itu menyertai kelab lain secara percuma pada musim panas akan datang selepas kontraknya di Emirates tamat.

Sumber dalaman kelab berkata, sejak beberapa minggu yang lalu, perbincangan mengenai butiran kontrak baharu di antara kedua-dua pihak sedang rancak berjalan dan berada di peringkat akhir perbincangan.

Namun ianya berakhir tidak seperti yang diharapkan apabila tiada persetujuan dicapai.

Ini menyebabkan tiada kontrak baharu dapat ditawarkan oleh Arsenal kepada Ramsey setakat ini.

Tidak dapat dipastikan kenapa tiada persetujuan dicapai sebelum perbincangan dihentikan.

Namun sumber berkata Arsenal memutuskan mereka tidak boleh meneruskan perbicangan terebut.

Ramsey berada di tahun terakhir kontrak untuk kekal di Emirates.

Kegagalan mengikat pemain tersebut dengan kontrak yang diperbaharui bermakna The Gunners hanya mempunyai dua pilihan selepas ini.

Arsenal mungkin akan melepaskan Ramsey pada jendela perpindahan Januari hadapan dengan harga yang rendah atau membiarkan pemain itu menyertai kelab lain tanpa menerima sebarang bayaran pada jendela perpindahan musim panas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast