Mohd Saiful Bukhari Azlan menyatakan beliau tidak sabar untuk bersemuka dengan bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Kata bekas pembantu peribadi Anwar itu, sudah bertahun lama dia tidak berkesempatan berjumpa dengan Anwar iaitu kali terakhir ialah selepas perbicaraan kes liwat di mahkamah beberapa tahun lalu.