Janna Nick
Janna Nick. foto FAREEZ FADZIL, 11 OKTOBER 2017

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida berkata, menjadi hak selebriti jika mereka mahu menawarkan perkhidmatan ucapan ulang tahun kelahiran berbayar di laman sosial.

Sehubungan itu, Umie berkata, tidak wajar golongan itu dikecam kerana ia adalah pilihan peminat untuk menggunakan perkhidmatan itu atau tidak.

“Pendapat saya, Janna Nick atau artis berhak untuk letak harga servis ucapan birthday, terpulang kepada peminat kalau nak gunakan servis itu atau tidak.

“Jadi tak perlu kut nak kecam tindakan Janna, semuanya tetap terpulang kepada peminat.

“Kalau mereka rasa berbaloi mereka bayar. Kecil punya hal, mahu serang-serangkah?,” tulisnya menerusi Instastory di laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Janna dikecam netizen selepas dia mengenakan bayaran RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmat di laman sosialnya.

Mereka mempersoalkan kewajaran pelakon berusia 23 tahun itu menjana pendapatan sampingan dengan mengambil kesempatan terhadap peminatnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast