Vokalis Ungu, Pasha.

JAKARTA – Keluarga vokalis kumpulan Ungu, Pasha gagal dihubungi di Palu selepas jaringan telekomunikasi terjejas dan bekalan elektrik terputus akibat bencana tsunami dan gempa bumi di Sulawesi.

DetikHOT melaporkan, bapa Pasha yang dikenali Syamsudin berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya pada Jumaat lalu.

Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo kini merupakan Wakil Walikota Palu.

Difahamkam, Pasha berada di Palu ketika gempa bumi dan tsunami itu terjadi.

Namun berdasarkan maklumat dari kumpulan Whatsapp rakan-rakannya, dia berada dalam keadaan baik dan selamat.

Sementara itu, beberapa pembekal jaringan telekomunikasi di republik itu dilaporkan masih dapat beroperasi di kawasan bencana tersebut namun tidak stabil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast