TERKINI : “Imigresen Tingkat Ciri Keselamatan pada Reka Bentuk Pas dan Visa Malaysia Baharu”

Jabatan Imigresen memperkenalkan reka bentuk Pas Malaysia dan Visa Malaysia yang baharu menerusi penambahan terapan hologram dan ciri keselamatan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kedua-dua dokumen itu mempunyai rekabentuk latar belakang dan nombor siri keselamatan dengan cetakan pelangi.

“Kedua-dua dokumen ini dikeluarkan untuk warga asing memasuki Malaysia bagi tujuan tertentu.

“Kelainan terbaharu ini merupakan penambahan dilakukan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara tanpa kompromi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Reka Bentuk Pas dan Visa Malaysia yang baharu di sini hari ini.

Visa Malaysia merupakan kebenaran awal disahkan dalam pasport warga asing untuk memasuki Malaysia manakala Pas Malaysia pula dikeluarkan mereka yang menetap sementara dalam tempoh ditetapkan bagi tujuan tertentu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast