Calon Pakatan Harapan P.132 Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) membuat roti canai semasa sesi lawatan ke pasar tani sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pasar Tani Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 03 OKTOBER 2018.
Calon Pakatan Harapan P.132 Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) membuat roti canai semasa sesi lawatan ke pasar tani sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pasar Tani Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 03 OKTOBER 2018.

PORT DICKSON – Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson tidak berhadapan dengan sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh berkempen.

Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, beliau juga difahamkan pagi tadi Anwar bersenam di tepi pantai dan Fahmi melihat bosnya itu mempunyai semangat yang tinggi.

“Dia manusia bionik yang memiliki bahu sekuat titanium,” katanya pada sidang media harian sempena PRK Port Dickson di bilik gerakan Pakatan Harapan di sini.

anwar jogging
Pagi ini luang masa untuk berlari-lari anak di sekitar pantai Teluk Kemang. Meski terkekang dengan jadual padat kempen, kesihatan dan stamina jangan diremehkan. Ternyata permulaan yang menyegarkan untuk hari ini. – Catatan di laman Twitter Anwar Ibrahim

Anwar sebelum ini menjalani rawatan di dalam dan luar negara berikutan masalah kesihatan yang dialaminya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast