TERKINI : “Ramalan PRK Port Dickson Akan Diadakan Semula?” – Tan Sri Isa Samad

Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Tan Sri Isa Samad mendakwa ramai pengundi di kawasan itu mula mempersoalkan isu kelayakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beliau percaya institusi kehakiman di negara ini mempunyai kuasa bagi menentukan samada bekas Timbalan Perdana Menteri itu layak untuk bertanding di Port Dickson atau tidak.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa akan berlaku PRK yang kedua sekiranya mahkamah memutuskan Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding sebagai Ahli Parlimen.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast