KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Petaling Jaya menolak permohonan pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil yang mahu mendapatkan semula pasport antarabangsanya.
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan tidak dikemukakan oleh pelakon tersebut.
Peguam Farid, Faizul Mohd Nasir mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan anak guamnya itu mahu ke luar negara bagi mengikuti penggambaran filem.
Pasport antarabangsa milik Farid ditahan di mahkamah ekoran aktres berusia 37 tahun itu mempunyai kes yang akan dibicarakan.
Farid menghadapi lima pertuduhan jenayah yang disebut di mahkamah pada Januari lalu.
Kesemua pertuduhan itu akan dibicarakan selama lima hari bermula 27 November depan. – MalaysiaGazette