KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR Lembah Pantai kecoh seketika apabila penyokong kem Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masing-masing berebut pengundi yang datang di saat akhir pengundian.
Berlaku pertikaman lidah hampir lima minit apabila dua penyokong masing-masing bertembung dan bertindak kasar hingga terjadi insiden tolak-menolak.
Insiden bermula apabila seorang wanita memakai baju hitam tertera logo Anwar Ibrahim memulakan pertelingkahan.
“Mereka mahu ambil pengundi kita baru sampai masuk team mereka. Mana boleh,” kata seorang penyokong Azmin yang enggan dinamakan.
Bagaimana pergaduhan kecil itu berjaya dileraikan oleh petugas dan pasukan polis yang berkawal.
Pengundian berakhir pada pukul 5.15 tadi.
Dalam pada itu, insiden berebut pengundi turut berlaku di Cabang Bandar Tun Razak namun tidak berlaku sebarang insiden tidak diingini.
Pemilihan di cabang tersebut berjalan lancar dan pusat pengundian ditutup pada waktu yang sama. – MalaysiaGazette