Tan Sri Rafidah Aziz menegur Kerajaan Pakatan Harapan kerana terlalu ‘taksub’ untuk menunaikan janji manifesto sehingga mengabaikan perkara-perkara yang baik.
Ia termasuk tidak melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Pendidikan.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan untuk berbuat demikian merugikan kerana Perdana Menteri itu adalah individu yang layak untuk menerajui kementerian tersebut.
“Banyak perubahan yang perlu dilakukan untuk sistem pendidikan negara terutama dalam aspek sistem, pengajaran, subjek dan kebolehpasaran graduan. Selain itu, kurikulum dan kaedah juga perlu dilihat semula.
“Tun mempunyai pemikiran yang baik untuk melakukan perubahan itu. Beliau sungguh gembira apabila bercerita dan berkongsi banyak idea.
“Usianya 93 tahun tetapi beliau sungguh menakjubkan apabila berkongsi tentang pembaharuan dalam sistem pendidikan.