KUALA LUMPUR – Pesta arak ‘OktoberFest 2018’ di Mid Valley yang bermula hari ini boleh diteruskan kerana tidak melanggar undang-undang, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Jelas beliau, ini kerana pesta itu diadakan secara tertutup namun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memantau perjalanan pesta itu agar tidak berlaku pelanggaran undang-undang.
“Mid Valley tu kita pergi (buat tinjauan) sebab dibuat kat dalam. Kalau di dalam kita pantau kalau dibawa keluar, tiada lesen kita akan sita.
“Oktoberfest itu kalau dalam premis tidak ada keluar tidak ada mabuk kacau orang dalam premis tidak apa sebab mereka memang jual arak, alkohol dalam itu, itu tak apa,” katanya kepada pemberita.
Nor Hisham berkata demikian ketika ditanya adakah pesta arak yang diadakan dalam premis tertutup memerlukan permit atau sebaliknya.
Boleh anjur pesta arak selagi patuh garis panduan – Khalid Samad
Beliau berkata sehingga kini DBKL tidak menerima sebarang permohonan permit untuk mengadakan pesta arak.
Mengulas lanjut beliau mengingatkan penganjur ‘Oktoberfest 2018’ agar memastikan tidak ada kekacauan yang berlaku ketika pesta itu berlangsung.
Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata ‘Oktoberfest 2018’ boleh dianjurkan jika permohonan untuk mendapatkan permit dan penganjur mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh DBKL.
‘Oktoberfest 2018’ yang berlangsung hari ini di Mid Valley turut mengadakan festival makanan dan muzik.
Pesta arak ini pernah diadakan pada tahun lalu dan penganjur membawa 250 jenama arak berbeza. – MalaysiaGazette
Negara islam sepatutnya bebas arak. Tapi ni makin mengalu alu kan buat pesta arak pulak? Selagi bencana tak timpa selagi tu la xberubah! DUNIA DAH TENAT!!