KUALA LUMPUR – Saham-saham Gamuda Bhd dan MMC Corp Bhd meningkat dalam dagangan awal hari ini susulan potensi perbincangan lanjut dan kerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi mencapai persetujuan berhubung pengurangan kos bagi kontrak bawah tanah MRT 2.
Pada 10.45 pagi, Gamuda melonjak 16 sen kepada RM2.23 manakala MMC Corp menokok tiga sen kepada RM1.15.
Serahkan kepada PM untuk semak – MMC Gamuda
Dalam kenyataan semalam, MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, syarikat usaha sama (JV) antara Gamuda dan MMC Corp, berkata ia menyambut baik keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyemak semula pembatalan kontrak bawah tanah MRT 2 dengan MMC Gamuda.
Syarikat JV itu berkata ia menerima pendekatan terbuka terhadap keputusan kerajaan untuk melantik firma perunding antarabangsa yang memiliki pengalaman dan rekod perkhidmatan yang baik dalam menilai kerja-kerja pembinaan terowong di seluruh dunia.
“Dalam pendekatan terbuka ini, kami meminta hak harta intelek kami dan maklumat komersial yang sensitif dihormati oleh perunding dan semua pihak yang terlibat dalam proses kajian semula itu,” katanya.
— BERNAMA