Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menyangkal dakwaan Tan Sri Rais Yatim bahawa tiba masanya untuk beliau ‘bersara’ dari politik.
Calon bebas Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai tidak masuk akal.
Saya pelik dia kata dah sampai masa untuk saya sebagai ahli politik..dia pun jadi pengerusi Bersatu itu juga politik.