Goh Jin Wei. FB Majlis Sukan Negara

Pemain pilihan ketiga itu menyingkirkan pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi dengan 16-21, 21-13 dan 21-19 pada perlawanan akhir di Technopolis, demikian menurut laman sesawang temasya www.olympic.org.

Jin Wei sebelum ini menumbangkan pilihan pertama, Phittayaporn Chaiwan dari Thailand pada pertemuan separuh akhir yang berlangsung Khamis.

Sementara itu, pasukan hoki negara terus mencatat prestasi cemerlang apabila mara ke separuh akhir acara hoki lelaki lima sebelah selepas menundukkan Austria 2-0 pada perlawanan suku akhir.

Penyerang skuad kebangsaan Mohamad Akhimullah Anuar Esook muncul wira negara menerusi kedua-dua gol yang dijaringkan, masing-masing pada minit ke-11 dan -19.

Malaysia akan bertemu Zambia pada Sabtu (awal pagi esok waktu Malaysia) selepas pasukan negara Afrika itu mengejutkan juara bertahan Australia 6-4 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast