KUALA LUMPUR – Hujan lebat dan angin kencang ‘menerbangkan’ kanvas iklan gergasi sehingga menganggu operasi tren MRT di Damansara petang tadi.
Kanvas iklan gergasi itu dipercayai milik Prowangsa yang terletak berhampiran rel laluan antara MRT Sungai Buloh ke Kajang.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, serpihan kanvas berkenaan ‘melekat’ pada tren dan sebahagian lagi di rel.
Keadaan hujan lebat juga menyukarkan kakitangan Rapid KL membuang serpihan kanvas berkenaan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Akibatnya, perkhidmatan tren dihentikan sementara dan pihaknya menyediakan perkhidmatan kepada penumpang terlibat di stesen MRT Phileo Damansara dan stesen MRT Semantan.
Serpihan kanvas itu akhirnya berjaya dibuang oleh kakitangan terlibat pukul 5.39 petang.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.- MalaysiaGazette